suria

14 Ditahan Di Hospital Akibat Pengambilan Dadah Berlebihan Di Festival Muzik

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sejumlah 14 orang telah dimasukkan ke hospital dipercayai akibat pengambilan dadah berlebihan semasa Festival Future Music Asia 2014 yang terpaksa dibatalkan pada Sabtu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata bersama-sama dengan tiga orang yang masih dalam keadaan kritikal, terdapat 11 orang yang lain sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), tetapi mereka berada dalam keadaan stabil.

Mereka semua berusia antara 19 dan 28 tahun.

Beliau berkata, sembilan daripada mereka yang dimasukkan ke hospital adalah rakyat Singapura dan yang selebihnya terdiri rakyat tempatan, Myanmar, Iran dan Taiwan.

"Seorang warga Singapura telah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur semalam (Sabtu) dan selebihnya masih mendapatkan rawatan," katanya.

Khairi berkata sejumlah 29 orang (13 tempatan dan 16 warga asing) telah ditangkap atas tuduhan berkaitan dadah sepanjang tempoh festival muzik dan sedang ditahan reman sehingga 18 Mac.

Artikel Lain