Serpihan Berhampiran Pulau Tho Chu Bukan Milik MH370 - DCA - Semasa | mStar

Serpihan Berhampiran Pulau Tho Chu Bukan Milik MH370 - DCA

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman (tengah) bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahyapada sidang media terkini mengenai kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH 370 pada Ahad. -fotoBERNAMA

SEPANG: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menafikan bahawa serpihan yang ditemui berhampiran Pulau Tho Chu adalah daripada bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihak berkuasa mengesahkan bahawa objek yang terapung di laut kira-kira 100 kilometer di selatan pulau itu tidak sepadan dengan pesawat yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu.

Objek berkenaan ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat Singapura.

"Bagaimanapun buat masa ini kita masih mengenal pasti jika tompokan minyak yang ditemui sepadan dengan pesawat B777-200 berkenaan dengan pihak yang berkaitan," katanya.

Sementara itu Bernama melaporkan bahawa Azharuddin berkata, operasi mencari kini menggembleng bantuan antarabangsa dari Vietnam, China, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, Thailand, Australia dan Filipina membabitkan sebanyak 34 pesawat dan 40 kapal.

Beliau berkata DCA mengetuai operasi mencari dan menyelamat serta proses siasatan.

Setakat hari ini, pencarian dari udara, bermula mulai pukul 7 pagi dan berakhir pada 7 malam manakala gerakan mencari di laut diteruskan.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata operasi mencari dan menyelamat tidak membabitkan kapal selam dari negara-negara yang membantu.

"Mereka tidak menghantar kapal selam, sesetengah daripada mereka menghantar kapal penyelamat termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia. Kedua-duanya berbeza sama sekali," kata beliau.

Zulkifeli berkata dua buah kapal peronda maritim dari Australia akan tiba tengah malam ini, dan pagi esok.

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima tawaran daripada rakan sejawatan beliau dari Australia, Tony Abbott, untuk membantu dalam gerakan mencari pesawat itu.

Persidangan media berikut oleh pihak berkuasa akan diadakan pukul 12 tengah hari esok.

Penerbangan MH370 MAS yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 pagi pada Sabtu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi.

MAS , MH370 , Beijing , Malaysia , Serpihan , DCA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain