suria

PRK Kajang: Azmin Tuduh Media Putar Belit Kenyataannya

Mohamed Azmin bersama pemimpin Pakatan Rakyat ketika hadir pada rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Jumaat.
Mohamed Azmin bersama pemimpin Pakatan Rakyat ketika hadir pada rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Jumaat.

GEORGE TOWN: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menyalahkan pihak akhbar kerana didakwa telah memutar belit tindakan Datuk Seri Anwar yang akan bertanding di Dewan Undagan Negeri (DUN) Kajang.

Mohamed Azmin selain itu turut menafikan bahawa beliau telah menyatakan orang ramai harus berterima kasih kepada Anwar kerana sanggup 'turun pangkat' untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) DUN.

"Saya tidak menyebut dalam konteks itu. Fakta sebenar telah diputar belit oleh pihak media," katanya ketika hadir pada rumah terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini pada Jumaat.

“Saya hanya ingin menjelaskan tentang kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Anwar seorang yang gila kuasa.

"Apa yang saya nak katakan adalah Anwar tidak gilakan kuasa. Beliau seorang negarawan yang telah dijemput oleh banyak negara dunia. Oleh itu tidak menjadi isu gila kuasa apabila Anwar bertanding di DUN Kajang.

"Anwar bersedia menjadi sebahagian daripada rakyat, termasuk orang Kajang. Tindakannya hanya untuk memperkuatkan Pakatan Rakyat di Selangor," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain