suria

Pegawai Bank Dakwa Turut Ditembak

KOTA KINABALU: Seorang pegawai bank mendakwa dirinya juga sebahagian daripada mangsa tembakan sekumpulan lelaki yang melepaskan 40 tembakan ke 31 premis pada Sabtu lalu.

Mangsa, Alex Ong berkata, kejadian itu disedarinuya apabila cermin pacuan empat roda yang dinaikinya pecah cera tiba-tiba pada pukul 9.30 malam hari kejadian.

"Semasa cermin itu pecah, kami mulanya menyangka ia disebabkan oleh kerikil atau batu yang dilemparkan orang di tepi jalan.

"Saya juga bertanya kepada anak-anak adakah mereka sedang bermain sesuatu yang boleh menyebakan cermin pecah serta menganggap merekalah puncaya," katanya ketika dihubungi The Star.

Tambahnya, dia juga tidak memikirkan tentang sesuatu yang buruk sehingga mengetahui mengenai insiden tembakan di Penampang dan Kota Kinabalu.

"Saya dan isteri bersyukur kerana peluru itu tidak menembusi tingkap dan mengenai anak saya atau kami. Saya sebelum ini tidak terfikir keadaan tembakan seperti itu boleh berlaku." katanya yang masih belum membuat laporan polis.

Antara premis yang diserang dalam kejadian itu merupakan bank, restoran, kedai telefon, pasar raya, hotel, bilik pameran kereta dan pejabat pada 9 dan 10 Januari lalu di Kota Kinabalu dan penampang.

Polis menegaskan bahawa sekurang-kurangnya enam individu terlibat dalam kejadian itu.

Artikel Lain