suria

Pelajar Kedua Universiti Di Sarawak Dipercayai Dibunuh Selang 10 Hari

KUCHING: Mayat seorang pelajar wanita ditemui dalam parit di kampus universiti berkenaan di Kota Samarahan di sini lewat petang Selasa dan dipercayai dibunuh.

Ini merupakan mayat kedua pelajar universiti di Sarawak dibunuh selang 10 hari.

OCPD Samarahan DSP Lee Chong Chern yang mengesahkan kes itu malam ini berkata mayat itu ditemuI kira-kira 6 petang dan telah dihantar ke hospital besar di sini untuk bedah siasat.

Pada 4 Jan, mayat pelajar lelaki tahun dua universiti ditemui dibunuh di sebuah rumah sewa di Miri.

Setakat ini belum ada tangkapan dibuat. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain