suria

Bekas Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Meninggal Dunia

Tan Gim Hwa.
Tan Gim Hwa.

GEORGE TOWN: Bekas Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Tan Gim Hwa meninggal dunia lewat malam Ahad akibat penyakit strok yang dialaminya sejak Mei tahun lalu.

Tan, 76, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Halaman Macalister kira-kira pukul 11 malam.

Ahli keluarganya telah diberitahu lebih awal untuk membawanya pulang ke rumah selepas dia bergantung kepada alat bantuan pernafasan pada Sabtu.

Anak lelakinya, Tee Beng, 42, berkata bapanya mengalami batuk yang teruk dan sering muntah pada Selasa.

Menurut Tee Beng, jantung bapanya terhenti dua kali tetapi doktor berjaya menyelamatkannya pada Sabtu.

"Keadaan kesihatan bapa saya bertambah teruk sejak diserang strok pada Mei tahun lalu.

"Dia terlantar koma tetapi keadaannya hanya kembali pulih sebulan setengah kemudian.

"Sejak itu, dia sering keluar masuk hospital.

"Sejak beberapa hari lalu, sistem pernafasannya lemah dan dia bergantung kepada alat bantuan pernafasan," kata Tee Beng ketika dihubungi.

Tan meninggalkan seorang balu, Quah Mo Sy, 76, dan tiga anak lelaki - Tee Yong, 50, Tee Wan, 48 dan Tee Beng, 42 - serta seorang anak perempuan, Chin Chin, 41.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain