Guan Eng Pertahan Beli Mercedes-Benz - Semasa | mStar

Guan Eng Pertahan Beli Mercedes-Benz

Lim menaiki keretanya selepas menghadiri majlis sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Pulau Pinang di George Town pada Khamis. foto TheStar/ GOH GAIK LEE
Lim menaiki keretanya selepas menghadiri majlis sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Pulau Pinang di George Town pada Khamis. foto TheStar/ GOH GAIK LEE

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempertahankan keputusan majlis mesyuarat kerajaan negeri untuk membeli Mercedes-Benz S300L sebagai kereta rasmi beliau, yang menyebabkan kerajaan negeri menanggung kos RM300,000.

Lim berkata Mercedes itu dibeli selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri mempertimbangkan soal keselamatan pemimpin-pemimpin negeri.

Katanya kerajaan negeri turut mengambil kira kereta itu ditawarkan pada harga tersebut dan ia bernilai wang bagi pembelian jangka panjang.

"Kereta baharu itu lagipun bukan milik saya. Ia milik kerajaan negeri dan mungkin akan digunakan ketua menteri akan datang selepas saya," katanya kepada pemberita semasa ditemui dalam majlis sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Pulau Pinang di sini pada Khamis.

Beliau berkata mengikut rekod, penyelenggaraan kereta Mercedes untuk jangka panjang adalah lebih baik daripada Proton.

"Kami tidak akan mempertimbangkan pembelian Mercedes-Benz baharu sekiranya ia tidak dikecualikan cukai dan tidak diberikan potongan istimewa. Lagipun, saya sedia menerima kritikan daripada mana-mana pihak," katanya.

Beliau berkata anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri pada awalnya mahu menggantikan semua kereta Proton Perdana yang lama dengan Mercedes daripada Toyota Camry.

"Tetapi kerajaan negeri tidak meneruskan perancangan awal kerana pembekal kereta yang ditemui tidak dapat memberikan jaminan akan mengambil balik semua kereta itu sekiranya pengecualian cukai tidak diluluskan," katanya.

Beliau berkata kereta Toyota Camry 2.5 yang digunakannya sebelum ini akan diberikan kepada Timbalan Speaker, Maktar Shapee.

Berita mengenai Lim menggunakan kereta Mercedes yang baharu dalam tempoh singkat selepas 15 buah Toyota Camry dibekalkan kepada kerajaan negeri pada 31 Okt tahun lepas bagi kegunaan ketua menteri, timbalan-timbalannya dan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri telah menjadi bualan hangat.

Dilaporkan Lim mula menggunakan Mercedes-Benz, yang dibeli dengan harga RM298,263.75, pada Isnin.

Harga sebenar Mercedes-Benz S300L dilaporkan RM657,218. BERNAMA

Artikel Sebelum

Guan Eng Kini Naik Mercedes

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa