Gangguan Sementara Bekalan Air di Ibu Kota Khamis Ini - Syabas - Semasa | mStar

Gangguan Sementara Bekalan Air di Ibu Kota Khamis Ini - Syabas

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan sementara bekalan air mulai 9 pagi hingga 11 malam, Khamis ini.

Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), gangguan itu adalah akibat kerja menaik taraf sistem bekalan air iaitu 'Strainer' di Kolam Imbangan Pudu Hulu Baru.

Kawasan yang terlibat ialah Taman Bukit Permai; Taman Mastika; Kampung Cheras Baru (Bukit A,B,C); Taman Lembah Maju; Taman Pandan Mewah; Taman Putra; Taman Mawar; Taman Muda; Taman Teratai; Taman Saga; Taman Melur; Taman Mega Jaya dan Taman Seraya.

"Sebanyak 17,388 jumlah akaun yang terlibat," katanya.

Kenyataan itu menasihati pengguna agar menyimpan bekalan secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5522 atau SMS dengan menaip PUSPEL <jarak><aduan/pertanyaan> dan hantar ke 39222 atau layari laman web, www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan 'facebook' dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gerakan Lancar Kempen Mansuh Hukuman Mati

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain