Perwakilan MIC Selesai Mengundi - Semasa | mStar

Perwakilan MIC Selesai Mengundi

MELAKA: Seramai 1,452 perwakilan selesai melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi memilih barisan kepimpinan MIC baharu bagi penggal 2013-2016.

Proses pengundian yang bermula 11.15 pagi, berakhir tiga jam kemudian iaitu pada 2.15 petang di Hotel Equatorial di sini, venue mesyuarat agung tahunan ke-67 MIC.

Sepanjang proses pengundian, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Proses pengiraan undi dijangka bermula 3 petang.

Pemilihan MIC 2013 kali ini menyaksikan pertandingan lapan pemimpin kanan bagi merebut tiga jawatan naib presiden, manakala 88 calon merebut 23 kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) termasuk dua calon wanita. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Yun Peng anak baik, dengar kata...