suria

Lorong Paling Kanan Di Jalan Tun Razak Ditutup Sehingga Esok

KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengambil tindakan segera menutup lorong paling kanan di Jalan Tun Razak pada jalan susur bulatan Kampung Pandan menuju KLCC dan Jalan Ampang.

Dalam satu kenyataannya, MRT Corp berkata penutupan itu dibuat bagi membaiki kerosakan kecil membabitkan bahagian sepanjang 100 meter di jalan itu.

Penutupan itu dijangka berlangsung selama 48 jam sehingga 10 malam Selasa dan MRT Corp dan kontraktor bagi kerja-kerja bawah tanah sdang menyiasat punca kerosakan itu.

Menurut kenyataan itu, penutupan itu akan melibatkan pengguna trafik dari Kampung Pandan, Maluri, Cochrane, Jalan Sultan Ismail (dari Bukit Bintang), Jalan Nicholas dan Jalan Pasar menuju KLCC dan Jalan Ampang.

Para pengguna boleh menggunakan jalan alternatif melalui bulatan Kampung Pandan - Jalan Sultan Ismail (menuju Bukit Bintang) - Jalan Raja Chulan - Jalan Bukit Bintang - Jalan Tun Razak.

Jalan alternatif yang lain ialah Jalan Loke Yew, Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin - Jalan Hang Tuah - Jalan Imbi- Jalan Sultan Ismail- Jalan Raja Chulan- Jalan Bukit Bintang - Jalan Tun Razak. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain