suria

Dolak-Dalik PAS Kelantan Tanda Tidak Bersedia Laksana Hudud - Zainal Abidin

Zainal Abidin
Zainal Abidin
Zainal Abidin

NIBONG TEBAL: Sikap berdolak-dalik yang ditunjukkan oleh kerajaan PAS di Kelantan berhubung pelaksanaan hudud di negeri itu menunjukkan mereka sebenarnya tidak bersedia berbuat demikian, kata Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman.

"Dulu mereka bagi pelbagai alasan, sekarang berdolak-dalik pula. Ini jelas membuktikan mereka tidak bersedia melaksanakannya di Kelantan walaupun mahkamah syariah negeri sudah bersedia," katanya di sini Ahad.

Zainal Abidin yang ditemui pemberita selepas merasmikan Program Memasak Bubur Asyura di Taman Tasek Maju, diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam, bahawa persediaan kerajaan negeri dalam pelaksanaan hudud terhad kepada infrastruktur sahaja.

Mohd Amar juga dilapor oleh akhbar sebagai mengakui Jawatankuasa Teknikal Hudud yang dibentuk pada Oktober 2011, belum pernah mengadakan mesyuarat kecuali empat pertemuan biasa bersama anggota.

Sebelum ini, Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad dilapor berkata mahkamah syariah Kelantan sudah bersedia untuk melaksana hudud jika kerajaan negeri menguatkuasakan undang-undang itu. - BERNAMA

Artikel Lain