suria

Surendran Mungkin Digantung Enam Bulan Hadiri Persidangan Dewan Rakyat

N.Surendran
N.Surendran
N.Surendran

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran (PKR) boleh digantung selama enam bulan dari Dewan Rakyat jika usul dakwaan beliau menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat diluluskan.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee berkata usul tersebut akan dibahaskan pada Khamis dan undian akan dibuat di kalangan ahli Parlimen untuk membuat keputusan mengenai usul itu.

Notis yang mencadangkan usul untuk menggantung Surendran telah diedarkan kepada ahli Parlimen pada Rabu.

Dalam notis itu menyatakan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan usul dan jika diluluskan, penggantungan itu akan berkuat kuasa dari hari itu juga.

Usul dibuat apabila Surendran cuba untuk mengemukakan satu usul tergempar bagi membahaskan dakwaan perobohan kuil Sri Muneswarar Kaliyaman pada Selasa.

Selepas beliau enggan berundur apabila usul itu ditolak, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengusir Surendran dari tempat duduknya.

Ahli Parlimen pembangkang kemudian mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen, mendakwa Dewan sebagai tidak demokratik dan Speaker berat sebelah.

Ketika dihubungi, Surendran berkata, ini adalah satu usaha untuk menakut-nakutkan beliau dan beliau akan mempertahankan dirinya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain