suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

APMM Tahan Dua Lelaki Guna Bot Tunda di Kawasan Yang Tidak Dibenarkan

ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua nelayan tempatan yang menggunakan bot tunda kelas A di pantai Kuala Kedah kerana menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan.

Ketua Penguatkuasa Pangkalan Maritim Kuala Kedah Lt Komander Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata bot yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan itu dikesan APMM pada pukul 3.30 pagi ini sebelum ditahan 15 minit kemudian, kira-kira 2.8 kilometer dari pantai Kuala Kedah.

"APMM menahan dua nelayan tempatan berumur antara 20 hingga 40-an dan mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Mohd Khairi berkata hasil pemeriksaan mendapati bot yang digunakan tidak mempunyai lesen dan nombor pendaftaran selain melakukan kesalahan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan untuk menangkap ikan.

"Bot yang ditahan ditunda ke Pangkalan Maritim Kuala Kedah untuk siasatan dan pendakwaan. "APMM memandang serius aktiviti penggunaan pukat tunda di kawasan penangkapan di Zon A kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap ekosistem di perairan negara," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain