suria

Lebih 60 Peratus Pengawal Keselamatan Disemak Oleh JPN Dalam Ops ID Adalah Pekerja Gantian

Datuk Jariah Mohd Said
Datuk Jariah Mohd Said
Datuk Jariah Mohd Said

PUTRAJAYA: Lebih 60 peratus status identiti pengawal keselamatan yang disemak oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada hari pertama Ops ID dijalankan adalah pekerja gantian.

Daripada 282 pengawal keselamatan yang disemak status mereka pada awal pagi Selasa, dua daripadanya didapati menggunakan kad pengenalan (Mykad) orang lain, kata Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said.

Beliau berkata Ops ID dijalankan dengan pegawai JPN menyemak semua premis syarikat kawalan keselamatan bagi memastikan kesahihan kad pengenalan yang dimiliki oleh pengawal keselamatan yang bekerja dengan mereka.

Operasi khas yang dijalankan secara besar-besaran di seluruh negara itu bermula pada Selasa, di Putrajaya, Cyberjaya, Selangor dan Kuala Lumpur.

Operasi berkenaan diadakan ekoran seorang pegawai bank ditembak mati oleh pengawal keselamatan yang diambil bekerja dengan menggunakan kad pengenalan palsu.

"Dua daripada mereka didapati menggunakan Mykad yang bukan milik mereka merupakan rakyat warga Filipina.

"Kami telah mendakwa mereka di mahkamah di Sepang dan mereka telah dijatuhkan hukuman enam bulan penjara," kata Jariah pada sidang media di sini, Selasa.

Artikel Lain