suria

Polis Siasat Perbuatan Vandalisme Di Gereja Sandakan

KOTA KINABALU: Pintu di gereja Anglica di pantai timur Sandakan berserta dengan dua van yang telah dirosakkan akibat perbuatan vandalisme, dan polis sedang menjejaki mereka yang terlibat melakukan perkara itu.

Ketua Polis Sandakan, Asisten Komisioner Rowel Marong berkata, mereka yang terbabit telah mencalarkan kedua-dua van dan memancitkan tayar kenderaan itu pada Sabtu lalu.

Beliau berkata, mereka yang melakukan kesalahan itu turut menulis perkataan "provokatif" menggunakan pen dakwat kekal di kedua-dua van serta pintu gereja yang terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar Sandakan.

Rowell berkata, polis sedang menyiasat insiden itu sebagai vandalisme.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain