suria

Jelebu: Jalaluddin Ketua Baharu Ganti Rais

JELEBU: Ahli Exco Kerajaan Negeri, Datuk Jalaluddin Alias memenangi jawatan Ketua Umno Bahagian Jelebu, menggantikan Tan Sri Dr. Rais Yatim yang tidak mempertahankan jawatan dalam pemilihan pada Sabtu.

Jalaluddin, 50, yang juga penyandang Timbalan Ketua bahagian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, menewaskan Ahli Parlimen Jelebu, Zainudin Alias merangkap Naib Ketua bahagian.

Jawatan Timbalan Ketua dimenangi Pengarah Belia dan Sukan Melaka, Baharuddin Jali mengalahkan dua pencabar, Datuk Yunus Rahmat yang juga ADUN Klawang dan seorang pengarah di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Amran Sameon.

Manakala bagi jawatan Naib Ketua bahagian, ia dimenangi ADUN Sungai Lui, Mohd. Razi Mohd. Ali, mengalahkan Setiausaha bahagian, Zaharuddin Baba Samion.

Artikel Lain