suria

Ipoh Timur: Azian Raih Majoriti Besar

IPOH: Penyandang Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur, Datuk Azian Osman berjaya mengekalkan jawatannya apabila mengalahkan Ramli Ismail dengan majoriti besar, 252 undi dalam pemilihan pada Sabtu. Dalam pengumuman yang dibuat kira-kira pukul 6 petang itu, Azian memperoleh sebanyak 268 undi manakala Ramli pula mendapat 16 undi. Jawatan Timbalan Ketua Bahagian pula dimenangi Datuk Mohamad Raduan Mohd. Kasim dengan 275 undi, menewaskan Sha Ghazni Hameed yang memperoleh sebanyak 49 undi.

Artikel Berikut

13 Wanita Ditahan Kerana Berjudi

Artikel Lain