suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Wanita Ditahan Kerana Berjudi

KUANTAN: Seramai 13 wanita yang berusia antara 50 hingga 80 tahun ditahan kerana terbabit dalam kegiatan judi haram di sebuah rumah di Bukit Koman, Raub.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Shamsudin Wan Osman berkata dalam serbuan kira-kira 2.30 petang itu, kesemua suspek didapati menjadikan ruang makan bahagian dapur rumah itu untuk berjudi.

"Pihak polis kemudiannya merampas pelbagai peralatan untuk berjudi seperti kad dan cip," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kesemua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub dan jika disabit kesalahan mereka boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia