suria

Pasangan Kekasih Maut Motosikal Bertembung Lori

KUALA LUMPUR: Seorang polis bantuan KLIA dan kekasihnya maut apabila motosikal yang mereka tunggangi bertembung dengan sebuah lori di Kampung Pandan.

Menurut Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning, Muhammad Azraf Noor Azmi, 24 dan Nurmadiha Rohami, 22, dalam perjalanan dari Lebuhraya MAX menuju ke Salak Jaya apabila motosikal mereka bertembung dengan sebuah lori pada Khamis.

Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian.

"Terdapat dua lagi penunggang motosikal bersama dengan mereka pada waktu itu tetapi mereka menghilangkan diri selepas insiden itu," katanya.

Abdullah berkata mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain