suria

Bumburing Sedia Terajui Parti Pembangkang Baharu Di Sabah

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Wilfred Bumburing yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli di bawah tiket PKR pada pilihan raya umum 5 Mei lalu bersedia untuk menerajui sebuah parti pembangkang berdaftar yang baharu.

Bumburing dijangka akan menerajui Pakatan Kebangsaan Sabah (PKS), yang telah didaftarkan oleh sekutunya, dalam tempoh dua minggu, selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) membenarkan perubahan dalam barisan kepimpinan parti.

Sumber berkata, sebab utama Bumburing bertindak demikian kerana kecewa dengan cara pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengendalikan pelbagai perkara melibatkan parti di Sabah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain