BN Kedah Senarai Tidak Kurang Tiga Nama Untuk PRK Sungai Limau - Semasa | mStar

BN Kedah Senarai Tidak Kurang Tiga Nama Untuk PRK Sungai Limau

SUNGAI PETANI: Barisan Nasional (BN) Kedah telah menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga nama untuk menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 Nov depan.

Pengerusinya, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata senarai itu akan diserahkan kepada Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu ini.

"Nama sudah ada. Tak bolehlah bagi tau...tunggulah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri peringkat bahagian yang baharu dari seluruh Kedah, Isnin.

Mukhriz berkata jentera Umno dan BN Kedah telah bergerak sepenuhnya dan mula turun padang bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.

Kerusi DUN Sungai Limau dalam Parlimen Jerai kosong berikutan kematian penyandang yang juga bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak akibat komplikasi jantung dan kencing manis pada 26 Sept lepas.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Azizan mengekalkan DUN Sungai Limau bagi penggal kelima berturut-turut dengan majoriti 2,774 undi membabitkan saingan empat penjuru termasuk sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali mewakili BN.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain