suria

Suami-Isteri Dakwa Beli Pistol Angin Dari Amerika Untuk Uji Kaji

KEPALA BATAS: Seorang lelaki yang ditahan sebelum ini mendakwa dia membeli pistol angin dari Amerika Syarikat bagi tujuan uji kaji firma tempatnya bekerja.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata berdasarkan siasatan dan keterangan daripada lelaki itu dan isterinya yang juga bekerja di firma yang sama, mereka membeli komponen berkenaan bukan untuk tujuan jenayah.

"Polis turut menggeladah rumah mereka dan tidak menemui sebarang barang berkaitan jenayah," katanya kepada pemberita di sin, Rabu.

Beberapa komponen pistol angin tersebut ditemui di dalam sebuah kotak yang diterima di Pejabat Pos Bagan Dalam dekat sini pada 23 Sept lepas. Namun pada bungkusan itu dicatat perkataan 'dictionary' (kamus). Susulan itu seorang lelaki berusia 30-an ditahan di rumahnya di George Town.

Abdul Rahman berkata kertas siasatan mengenai kes itu telah siap dan dihantar ke Pejabat Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata pasangan suami isteri itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960. -- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain