suria

Ku Li Sah Tidak Tanding Presiden Umno

KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan bertanding merebut jawatan presiden parti.

Perkara itu disahkan Pegawai Khas beliau, Mohd Lukhman Ghani.

Lukman berkata, sehingga kini dia masih belum menerima sebarang arahan daripada Ahli Parlimen Gua Musang itu untuk menyerahkan borang pencalonan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Saya tidak terima arahan daripada beliau (Ku Li) untuk serahkan borang walaupun borang itu ada pada saya," katanya ketika dihubungi.

Ketika ditanya mengapa beliau tidak menyerahkan borang itu, Lukhman berkata, Ku Li merasakan ahli Umno sukar untuk membuang tabiat lama bagi melakukan perubahan di dalam parti.

"Saya rasa sebab mungkin Ku Li nampak majoriti orang Umno tidak inginkan perubahan," katanya.

Sebelum ini, Ku Li berkata beliau belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti bulan depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain