Pakatan Rakyat Ulangi Kesediaan Berdialog Dengan BN - Semasa | mStar

Pakatan Rakyat Ulangi Kesediaan Berdialog Dengan BN

KOTA KINABALU: Pakatan Rakyat pada Khamis mengulangi kesediaan untuk mengadakan dialog dengan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dialog itu bertujuan bagi menyelesaikan beberapa isu seperti perkauman, agama, ekonomi, tata kelola menangani rasuah dan jenayah.

"Ini telah diputuskan bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua (anggota) Parlimen DAP Lim Kit Siang pada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang semalam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan yang dikongsi bersama PKR, PAS dan DAP di Jalan Lintas di sini, Khamis. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Najib Umum Pertahan Jawatan Presiden Umno

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Hotel di Makkah hangus dijilat api