suria

Polis Tembak Isteri Tiada Rekod Sakit Mental

Supt Harun Idris. Foto LIM CHENG KIAT / THE STAR
Supt Harun Idris. Foto LIM CHENG KIAT / THE STAR
Supt Harun Idris. Foto LIM CHENG KIAT / THE STAR

TANGKAK: Anggota polis yang menembak mati isteri dan bapa mertuanya sebelum menembak diri sendiri pada Sabtu tidak mempunyai rekod penyakit mental dan merupakan seorang kakitangan yang mempunyai prestasi baik.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris berkata, Lans Korporal Fadzli Omar, 29, menembak mati isterinya di rumah mereka di kuaters Felda Chempelak di Segamat di mana beliau ditugaskan sebelum mengambil anaknya yang berusia dua tahun untuk pergo ke rumah mertua di Jalan Ja'amat di sini.

"Dia menembak mati bapa mertuanya Ab Kadir Md Arif di bahagian kepala di ruang tamu dan kemudian menembak kepalanya sendiri.

"Insiden itu berlaku dalam masa beberapa minit antara pukul 7 dan 7.15 malam pada Sabtu," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Beliau menambah, anak kecil kepada suspek berada di luar rumah ketika kejadian berlaku.

Suspek mati di tempat kejadian manakala Ab Kadir, yang mengalami kecederaan teruk, disahkan mati di Hospital Tangkak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain