Suami Isteri Warga Jepun Ditemui Maut Dalam Bilik Mandi - Semasa | mStar

Suami Isteri Warga Jepun Ditemui Maut Dalam Bilik Mandi

KUALA LUMPUR: Mayat pasangan suami isteri warga Jepun ditemui di dalam bilik mandi di sebuah pangsapuri di Mont Kiara di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat pasangan berusia 38 tahun ditemui pengemas bilik kira-kira pukul 10 pagi di tingkat 13 pangsapuri tersebut.

"Kami percaya suami mangsa terkena renjatan elektrik ketika sedang mandi.

"Isterinya terdengar bunyi bising di dalam bilik mandi itu lalu datang untuk membantu tetapi turut terkena renjatan elektrik," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan berbogel manakala isterinya lengkap berpakaian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Rakyat Pahang terima Sultan baharu