suria

Polis Tempatkan Pasukan Khas Pantau Ahli Kumpulan Kongsi Gelap Buang Tatu

IPOH: Polis Perak telah menempatkan pasukan khas untuk mengawal kawasan sempadan dengan Thailand bagi mengawasi pergerakan ahli kumpulan kongsi gelap menyeberangi sempadan untuk membuang tatu di badan mereka.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata pasukan berkenaan ditempatkan di sempadan Pengkalan Hulu.

"Kami sedang mengawasi pergerakan mereka," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Terbaru, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa ahli kumpulan kongsi gelap dikatakan menyeberangi sempadan untuk membuang tatu di badan mereka bagi mengelakkan mereka di tahan dalam Ops Cantas yang sedang dijalankan oleh pihak polis.

Artikel Lain