suria

Harga Rumah Dijangka Naik 10 Peratus

PETALING JAYA: Rakyat yang sedang mencari rumah sendiri pada masa sekarang akan perlu membayar sekurang-kurang 10 peratus lebih tinggi untuk memiliki rumah idaman mereka, menurut pemaju.

Mereka berkata kenaikan itu didorong oleh kenaikan 20 sen bagi harga minyak petrol RON95 dan diesel serta ketidakhadiran pekerja asing di tapak pembinaan disebabkan oleh operasi bersepadu 6P mengesan pekerja asing tanpa izin di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hartanah dan Pemaju Malaysia, Datuk Seri Yam Kong Choy berkata kegagalan pekerja asing kembali bekerja menyebabkan kelewatan projek sekaligus menyebabkan pertambahan sudah pasti akan dipindahkan oleh pemaju kepada pengguna.

Beliau menambah: "Serbuan di tapak pembinaan juga menakutkan pekerja asing yang mempunyai pas kerja yang sah dan mereka juga mungkin tidak hadir untuk bekerja."

"Perkara ysng serupa juga berlaku dalam serbuan yang lepas, pekerja yang sah juga secara sengaja tidak dapat kerja atau melewatkan kepulangan mereka daripada negara asal hinggalah serbuan selesai dijalankan.

"Disebabkan kekurangan tenaga kerja, pihak pemaju terpaksa membayar lebih kepada buruh untuk memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan, kerana kegagalan berbuat demikian menyebabkan mereka didenda."

Pihak pemaju terikat dengan Perjanjian Jual Beli dan mereka perlu membayar pampasan kepada pembeli sekiranya projek lambat disiapkan daripada tarikh yang ditetapkan.

Yam berkata kontrak dalam sektor swasta juga dikurniakan dengan tiada peruntukan untuk pelarasan harga.

Sambil mengakui keperluan untuk mengusir pendatang haram di negara ini, beliau berkata sebarang pengurangan tenaga kerja akan memberi kesan kepada pihak pemaju.

Dengan kenaikan harga bahan api, Yam berkata ia menjejaskan rantaian bekalan industri pembinaan, kerana ia melibatkan lebih daripada 100 jenis perniagaan.

Persatuan Pemborong Binaan Malaysia Matthew Tee berkata ahlinya sering mengadu mengenai pekerja asing yang sah dan dokumen mereka sedang diproses, tidak hadir ke tempat kerja kerana takut mereka juga akan ditahan.

"Kami faham semua pekerja asing hanya akan ditahan sekiranya mereka tidak mempunyai dokumen atau pas kerja yang sah," katanya.

"Ia agak sukar kerana dokumen mereka mungkin disimpan oleh majikan or masih belum siap di pejabat imigresen sementara menunggu pelekat visa daripada pihak berkuasa.

Beliau menambah ada beberapa kes sebelum ini pekerja asing yang sah ditahan sehingga 14 hari.

Tee berharap kes seperti itu tidak berlaku pada kali ini dan beliau meberi amaran sekiranya ia berulang situasi yang sama pada 2002 akan berlaku apabila industri pembinaan terhenti disebabkan oleh kekurangan pekerja asing. Di George Town, Persatuan Pemborong Binaan Malaysia Pulau Pinangh berkata beliau menjangkakan kos pembinaan akan meningkat daripada 3 hingga 5 peratus.

Presidennya, Datuk Lim Kai Seng berkata kos pengangkutan juga dijangka meningkat 10 hingga 20 peratus dan harga simen serta pasir pula akan naik antara 5 hingga 10 peratus.

Beliau berkata harga simen pada ketika ini ialah RM17.50 setiap 50 kilogram sementara pasir dijual pada harga RM70 setiap meter padu.

Artikel Lain