suria

Polis Bongkar Makmal Dadah Dalam Kedai Urut

GEORGE TOWN: Polis berjaya membongkar makmal memproses dadah yang berselindung dalam sebuah premis urut di Lorong Madras di sini, Isnin malam.

Hasil risikan dan serbuan di sebuah lagi makmal dadah haram di Alma, Bukit Mertajam petang semalam, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri melakukan operasi pada pukul 11.30 malam menerusi Ops Cantas Khas.

Tiga lelaki berusia dalam 20-an dan 40-an diberkas polis dipercayai ketika leka memproses dadah heroin di premis itu yang difahamkan sebuah makmal besar memproses dadah di negeri ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian berkata sidang akhbar mengenainya akan diadakan petang ini. BERNAMA

Artikel Lain