suria

Ahmad Zailani Ketua Polis Baharu Dungun

DUNGUN: Pegawai Turus Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman Supt Ahmad Zailani Yaacub dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Dungun berkuatkuasa pada Selasa.

Beliau menggantikan Supt Dahlan Mohd Noor yang berpindah ke Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion Ke-8, Pengkalan Chepa di Kelantan.

Majlis serah terima tugas itu diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun yang disaksikan Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil.

Ahmad Zailani ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata, beliau mengharapkan kerjasama seluruh anggota polis di daerah itu dan berhasrat menyambung legasi bekas Ketua Polis Daerah itu yang sentiasa agresif membendung kegiatan jenayah. - BERNAMA

Artikel Lain