Pengambilan Pelajar Baharu Malaysia Ke IPT Mesir Ditangguhkan - Semasa | mStar

Pengambilan Pelajar Baharu Malaysia Ke IPT Mesir Ditangguhkan

PETALING JAYA: Pengambilan pelajar-pelajar Malaysia ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Mesir untuk sesi 2013/2014 telah ditangguhkan, kata Kementerian Pendidikan.

Dalam satu kenyataan pagi Rabu, kementerian itu berkata ini bermakna tidak ada pengambilan baharu bagi pelajar-pelajar Malaysia ke Mesir untuk sesi September.

"Maklumat yang kami diperolehi menunjukkan masih terdapat ejen swasta yang masih menghantar pelajar-pelajar baru ke Mesir walaupun mereka telah diingatkan supaya tidak berbuat demikian."

"Ini adalah yang paling malang kerana tindakan ejen-ejen ini jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar," kata kementerian itu.

Justeru, pihak kementerian menggesa ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka pergi ke Mesir demi keselamatan, berikutan keganasan yang berlaku di antara tentera dan pengikut Presiden Morsi yang digulingkan.

"Semua urusan pengambilan pelajar ke IPT di Mesir dikendalikan sepenuhnya oleh kementerian.

"Kementerian Pelajaran Tinggi Mesir hanya boleh menerima pelajar-pelajar yang telah disahkan oleh kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah," katanya.

Mengenai pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan akan membawa kembali pelajar-pelajar Malaysia di Mesir, kementerian itu menggesa pelajar baru untuk tidak pergi ke negara berkenaan dan pelajar-pelajar yang sedang cuti semester supaya tidak kembali ke sana untuk keselamatan mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain