Pekerja Bengkel Warga India Parah Ditikam & Ditembak Di Tampoi - Semasa | mStar

Pekerja Bengkel Warga India Parah Ditikam & Ditembak Di Tampoi

JOHOR BARU: Seorang pekerja bengkel kenderaan warga India parah selepas ditetak dan ditembak sekumpulan empat lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Johor, Tampoi di sini tengah malam Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara Supt Beh Eng Lai berkata kejadian berlaku pada kira-kira 12.30 tengah malam apabila mangsa yang berusia 30-an berada di luar pekarangan kediaman majikannya sebelum dia tiba-tiba diserang suspek yang bersenjatakan parang dan senjata api.

"Beliau yang cedera ditetak cuba melarikan diri ke dalam rumah, namun seorang daripada suspek sempat melepaskan dua das tembakan sebaik sahaja mangsa berjaya masuk ke dalam kediaman berkenaan," katanya kepada pemberita, Sabtu.

Beliau berkata majikan mangsa, yang ketika itu berada dalam bilik, bergegas ke luar rumah sebaik mendengar bunyi tembakan dan menemui mangsa terbaring di ruang tamu rumahnya.

Suspek pula dipercayai melarikan diri sejurus selepas itu.

Beh berkata polis bergegas ke lokasi selepas menerima laporan berhubung kejadian itu dan menemui dua kelongsong peluru serta beberapa kesan cap jari di pagar rumah berkenaan.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki berusia lingkungan 30-an manakala dua lagi masih diburu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain