suria

Rumah Dua Tingkat Di Keramat Musnah Dijilat Api

Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha memadamkan kebakaran sebuah rumah dua tingkat di lorong Keramat 8, Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur, Sabtu.-fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebuah rumah dua tingkat di Lorong Keramat 8, Kampung Datuk Keramat di sini, musnah dijilat api dalam kejadian, Sabtu.

Menurut saksi, Nor Azlan Shah Mohd Yusof Shah, 53, yang tinggal berdekatan, dia mendengar satu bunyi letupan dari rumah itu pada 8.30 pagi namun tidak mengendahkannya kerana menyangka letupan mercun.

"Tetapi selang sejam saya mula nampak asap berkepul keluar dari tingkap bahagian bawah rumah dan kerana cemas saya memberitahu jiran sebelah untuk membantu," katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Menurut penolong pengurus restoran itu pemilik rumah berkenaan pulang beraya di Kelantan sejak 6 Ogos lepas.

Sementara itu, Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.04 tengah hari dan enam jentera bersama 35 anggota digegaskan ke tempat kejadian.

"Setibanya di lokasi kesemua struktur rumah habis dijilat api," katanya menambah api dapat dikawal sepenuhnya pada 12.36 tengah hari. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain