suria

Kerajaan Perlu Wujud Kembali Undang-Undang Pencegahan Jenayah - Shahrizat

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil menyampaikan sumbangan kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Mohd Zin pada Majlis Jalinan Ramadan Pergerakan Wanita UMNO di Kuala Lumpur pada Sabtu.-Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno pada Sabtu mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan kembali undang-undang pencegahan jenayah dalam usaha mengekang peningkatan kadar jenayah di negara ini.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata undang-undang itu perlu ekoran peningkatan kes jenayah-jenayah serius yang semakin membimbangkan dan menjadi isu besar di kalangan rakyat negara ini.

Bagaimanapun katanya pendekatan 'check and balance' (seimbang) perlu untuk memastikan usaha pencegahan jenayah dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa mengenepikan soal hak asasi manusia.

Justeru katanya undang-undang pencegahan jenayah kali ini disaran memberi peluang kepada tahanan untuk membuat pembelaan di hadapan sebuah lembaga penasihat di dalam mahkamah biasa yang dibicarakan 'in camera'.

Kata Shahrizat, bagi memastikan hak tahanan dipelihara, kerajaan disarankan mewujudkan panel profesional di dalam bidang undang-undang yang boleh menasihati Menteri Dalam Negeri berhubung perintah tahanan.

"Dengan adanya sekatan-sekatan 'check and balance' ini tidak ada sebab mengapa undang-undang untuk mencegah jenayah tidak boleh diwujudkan untuk membantu pasukan keselamatan menjaga negara," katanya ketika berucap pada majlis jalinan Ramadan bersama pasukan beruniform.

Pada majlis itu, kira-kira 1,500 anggota keselamatan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) hadir.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Bakri Zinin, Ketua Pengarah JPAM Datuk Sulaiman Keling dan Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Sebanyak 8,000 bungkusan sumbangan diserahkan kepada anggota pasukan beruniform di seluruh negara. Turut mendapat sumbangan enam keluarga anggota yang terkorban ketika bertugas dalam Operasi Daulat di Lahad Datu. -BERNAMA

Artikel Lain