suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekalan Minyak Petrol & Diesel Mencukupi - Hasan

KUALA PILAH: Bekalan minyak petrol dan diesel negara mencukupi termasuk untuk kegunaan sepanjang perayaan Aidilfitri minggu depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.

Katanya beliau telah berjumpa dengan semua syarikat minyak baru-baru ini untuk mendapatkan jaminan bekalan.

"Kekurangan minyak petrol dan diesel baru-baru ini adalah disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga bahan ini akan dinaikkan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah di Masjid Al-Firdaus, Melang di sini malam Khamis.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, hentikan mewarwarkan cerita yang tidak betul yang hanya menyusahkan banyak pihak, katanya.

Hasan meminta orang ramai membuat aduan kepada kementerian jika ada stesen minyak yang tidak mahu menjual minyak petrol dan diesel supaya tindakan boleh diambil.

Beliau juga berkata kementerian dengan persetujuan Kabinet akan membuat kajian menyeluruh perkara berkaitan harga barangan, ketirisan, subsidi harga dan lain-lain.

"Ini saya akan bawa ke makmal NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) untuk dibincangkan bagi pelan jangka panjang," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain