suria

Selangor Tubuh Jawatankuasa Kaji Cara Tingkat Penggunaan Pengangkutan Awam

KLANG: Satu jawatankuasa peringkat tertinggi yang diketuai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan ditubuhkan untuk mengkaji cara meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di negeri itu.

Abdul Khalid berkata objektif jawatankuasa itu adalah mengurangkan jumlah kenderaan persendirian di jalan raya sekaligus menangani kesesakan lalu lintas.

"Kemungkinan besar, saya akan mengetuai jawatankuasa ini dengan Perancang Bandar dan Desa sebagai setiausaha," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya bersempena sambutan Hari Raya di plaza tol Sungai Rasau di sini, Jumaat.

Beliau mengingatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya sepanjang tempoh perayaan itu.

"(Orang ramai harus) meningkatkan penggunaan pengangkutan awam kerana ia akan mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Ia sekaligus mengurangkan pemilikan kenderaan peribadi dan menangani kesesakan lalu lintas," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain