Isu Kantin: Guru Besar Akan Kembali Ke Sekolah Khamis Ini - Semasa | mStar

Isu Kantin: Guru Besar Akan Kembali Ke Sekolah Khamis Ini

PETALING JAYA: Guru Besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh yang dihimpit kontroversi berhubung isu penggunaan bilik persalinan sebagai kantin sementara sudah bersedia untuk kembali ke sekolah.

Mohamad Nasir Mohd Noor berkata, dia akan kembali bekerja pada Khamis sekali gus menafikan laporan bahawa beliau akan kembali ke sekolah, Selasa ini.

"Saya sepatutnya kembali bekerja pada Khamis, bukan esok (Selasa)," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Bagaimanapun Mohamad Nasir enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, Nasir menafikan beliau diarahkan untuk mengambil cuti selama seminggu untuk meredakan kemarahan berhubung tindakannya mengarahkan murid-murid SK Seri Pristana untuk makan pada waktu rehat di bilik persalinan.

Sebaliknya, beliau memutuskan untuk mengambil cuti selama seminggu secara sukarela selepas menerima dua ugutan bunuh.

Pada minggu lalu, beberapa keping gambar yang menunjukkan murid-murid di sekolah tersebut sedang makan di bilik persalinan pada waktu rehat disiarkan di laman sosial Facebook.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain