Anwar Didakwa Kemuka Sijil Cuti Sakit Palsu di Mahkamah - Yuktesvaran - Semasa | mStar

Anwar Didakwa Kemuka Sijil Cuti Sakit Palsu di Mahkamah - Yuktesvaran

Bekas pembantu kepada peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktesvaran Malaipan atau Yuktes Vijay menunjukkan salinan laporan polis terhadap Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat mengenai cuti sakit pada 3 September 2012 kepada mahkamah seksyen jenayah 5 di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur pada Rabu.
-Foto BERNAMA.
Bekas pembantu kepada peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktesvaran Malaipan atau Yuktes Vijay menunjukkan salinan laporan polis terhadap Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat mengenai cuti sakit pada 3 September 2012 kepada mahkamah seksyen jenayah 5 di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur pada Rabu. -Foto BERNAMA.

PETALING JAYA: Bekas pembantu kepada peguambela, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Anwar memperdaya mahkamah ketika kes perbicaraannya pada September 2012.

M. Yuktesvaran mendakwa Ketua Pembangkang itu telah mengemukakan sijil cuti sakit (MC) palsu dalam usaha untuk menangguhkan prosiding mahkamah berhubung penglibatannya alam Himpunan Bersih 3.0.

Yuktesvaran berkata dia tidak mendedahkan perkara itu lebih awal kerana bimbang akan keselamatannya dan tidak mahu apa-apa masalah timbul.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi berdiam diri selepas Anwar mendakwa keputusan pilihan raya kali ini telah dirancang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Travers pada Rabu.

Beliau berkata dia telah menyerahkan bukti yang MC palsu itu kepada pihak polis ketika dia membuat laporan polis.

"Apa yang Anwar lakukan ialah sumpah bohong dan beliau wajar didenda di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan," katanya.

Anwar, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dan Ketua PKR bahagian Rembau Badrul Hisham Shaharin mengaku tidak bersalah ke atas dua pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka di Mahkamah Sesyen di sini pada Mei 2012 berhubung penglibatan mereka dalam Himpunan Bersih 3.0

Mereka didakwa di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2011, kerana terlibat dengan demonstrasi jalanan dengan niat untuk melanggar arahan yang dikeluarkan Majistret Zaki Asyraf pada 26 April, yang melarang orang ramai berkumpul di Dataran Merdeka daripada 28 April hingga 1 Mei,

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain