suria

Kabinet Bincang Cara Bantu Pelajar Gagal Dapat Tempat Di Universiti - Najib

KUALA LUMPUR: Kabinet akan membincangkan isu berhubung pelajar yang gagal mendapat tempat di universiti awam minggu ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tahu sesetengahnya kecewa kerana tidak mendapat tempat di universiti tetapi jangan putus asa.(Perkara itu) akan dibincangkan di Kabinet minggu ini mengenai cara terbaik membantu pelajar berkenaan," katanya dalam tweetnya pada Selasa.

Pada Isnin, Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P.Kamalanathan berkata 18,000 pelajar gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) walaupun mereka memenuhi syarat dan meminta mereka membuat rayuan.

Seramai 68,702 memohon untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2013/2014 tetapi hanya 41,573 mendapat tawaran di IPTA, demikian diumumkan Jabatan Pengajian Tinggi Khamis lepas. - BERNAMA

Artikel Lain