suria

Mahkamah Pilihan Raya Tetapkan 1 Ogos Dengar Bantahan Awal Parlimen Baram

MIRI: Mahkamah Pilihan Raya menetapkan 1 Ogos sebagai tarikh untuk mendengar dan membuat keputusan mengenai bantahan awal terhadap petisyen pilihan raya Parlimen Baram yang difailkan calon PKR Roland Engan.

Hakim Mahkamah Pilihan Raya Chew Soo Ho menetapkan tarikh itu selepas pengurusan kes untuk petisyen pilihan raya Baram yang dibuat melalui persidangan video di sini Isnin.

Pada pilihan raya umum lepas Roland kalah kepada calon muka baharu Barisan Nasional (BN) Anyi Ngau, iaitu bekas pegawai daerah Limbang yang juga bapa saudaranya dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 194 undi.

Roland memperoleh 8,988 undi berbanding 9,182 undi yang diperoleh Anyi manakala calon Bebas Patrick Sibat Sujang mendapat 363 undi dan hilang wang deposit.

Hadir pada persidangan video itu ialah See Chee How yang mewakili Roland, Henry Ling Kuong Meng mewakili responden pertama Anyi Ngau dan dua peguam kanan persekutuan Mahiran Mohd Isa dan Asha Hol mewakili responden kedua pegawai pilihan raya (RO) Joseph Belayong Punan.

Petisyen membantah keputusan pilihan raya kawasan Parlimen Baram merupakan satu-satunya petisyen yang difailkan pembangkang di Sarawak. - BERNAMA

Artikel Lain