suria

Kerajaan Masih Belum Putuskan Kajian Semula Tarif Elektrik

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum memutuskan tentang kajian semula tarif elektrik.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata terdapat keperluan untuk melihat pada kos bahan api, gas dan input-input lain, yang semakin meningkat.

"Terdapat juga keperluan untuk melihat bagaimana Tenaga Nasional dan Petronas boleh menyerap kenaikan itu," katanya pada taklimat media di sini, Khamis.

Beliau berkata, sepatutnya ada satu mekanisme bagi kenaikan harga bahan api, bukan hanya apabila satu-satu pihak perlu menanggung kos, tidak kira sama ada ia kerajaan, syarikat utiliti atau pengguna.

Mengenai isu air di Selangor, Ongkili berkata apa yang ada dari negeri itu tidak mencukupi bagi kegunaannya sendiri, serta dari Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Ongkili berkata perlu ada kerjasama dengan kerajaan negeri Selangor bagi menyelesaikan isu itu. - BERNAMA

Artikel Lain