suria

Wilayah Shandong Di China Bebas H7N9, Ayam Boleh Diimport Semula – Ismail Sabri

Ismail Sabri.
Ismail Sabri.
Ismail Sabri.

PUTRAJAYA: Ayam import dari China boleh digunakan serta-merta, selepas pihak berkuasa China membersihkan wilayah Shandong daripada virus Influenza A H7N9 yang boleh menyebabkan kematian.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar baru-baru ini menerima laporan daripada pihak berkuasa kesihatan China yang mengesahkan bahawa kebimbangan terhadap kesihatan itu telah diatasi.

Sejak keadaan itu telah ‘dibersihkan’ sekarang, kita sudah mula mengimport semula ayam dengan serta-merta,” katanya pada sidnag media di sini. Jumaat.

Import ayam dari China dihentikan sejak dua bulan lalu berikutan wabak H7N9 di wilayah Shandong, yang merupakan pengimport utama bahagian ayam ke Malaysia.

Artikel Lain