suria

Jerebu: Darurat Di Muar Dan Ledang Ditarik Balik, Sekolah Dibuka Semula

MUAR: Semua pejabat kerajaan dan sekolah di Muar dan Ledang dibuka semula pada pagi Selasa selepas status darurat ditarik balik.

Pegawai Majlis Perbandaran Muar, Abdul Rahman Mohammed Dewam berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan pejabatnya pada petang Isnin bahawa status darurat sudah ditarik balik.

“Semua kembali seperti biasa dan semua sekolah menyambung semula sesi persekolahan pada sebelah pagi,” katanya.

Status darurat di Muar dan Ledang ditarik balik selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di dua daerah itu bertambah baik secara mendadak.

Menurut pusat operasi bencana alam Muar, bacaan IPU menurun kepada 121 pada pukul 2 petang Isnin dari 746 pada Ahad.

Artikel Berikut

Artikel Lain