suria

Kualiti Udara Di Johor Semakin Pulih

JOHOR BARU: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini menurun daripada tahap berbahaya tetapi kualiti udara masih berada pada tahap tidak sihat.

Menurut bacaan terbaru oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) hanya Muar merekodkan sedikit peningkatan dari 273 (setakat pukul 5 petang Jumaat) kepada 276 (setakat pukul 7 pagi Sabtu).

Bacaan IPU untuk Pasir Gudang kekal pada 192, Kota Tinggi 191 dan Larkin Lama 175.

Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Artikel Lain