suria

Tragedi Penebat Kilat Runtuh: Lim Chin Aik Disemadikan

GEORGE TOWN: Ahli keluarga kepada penjual nasi, Lim Chin Aik, 44, menyempurnakan upacara pengebumian ringkas untuk mendiang pada Ahad.

Kira-kira 50 anggota keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan berkumpul di jeti Lim di Weld Quay di mana upacara itu diadakan selama tiga hari sebelum mereka menuju ke Kuil Kek Lok Si di Air Itam.

Isteri mendiang, Lee Chai Song, 48, meletakkan bekas simpan abu mayat yang mengandungi timbunan lumpur daripada bangkai yang dipercayai adalah kereta Lim untuk penghormatan sementara sami membacakan doa.

Pada 14 Jun lepas, Lim dipercayai memandu di Jalan Macalister ketika penebat kilat jatuh dari bangunan Menara Umno setinggi 21 tingkat menghempap keretanya, dalam kejadian ribut petir dan angin kencang.

Artikel Lain