Status Keselamatan Menara Umno Dihantar Ke MPPP Minggu Depan - Pemilik - Semasa | mStar

Status Keselamatan Menara Umno Dihantar Ke MPPP Minggu Depan - Pemilik

GEORGE TOWN: Pemilik bangunan Menara Umno, JKP Sdn Bhd (JKP) akan menghantar laporan lengkap berhubung status keselamatan bangunan itu kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Adzmi Ariffin berkata untuk tujuan itu pihaknya akan bekerjasama dengan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

Aspek keselamatan yang diteliti termasuk di kawasan luar bangunan, katanya ketika dihubungi, Khamis.

Mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang tidak berpuas hati kerana JKP gagal mematuhi jadual dalam mengalihkan saki-baki runtuhan struktur penebat kilat pada bangunan itu, Adzmi berkata pihaknya telah menghantar surat tunjuk sebab kepada MPPP tengah hari Khamis.

Surat itu menjelaskan mengapa kami lewat dalam mengalihkan kepingan besi berkenaan, katanya menambah JKP menjangka kerja mengalihkan sisa struktur siap pada Khamis juga.

Kelewatan itu menyebabkan hanya sebahagian Jalan Macalister dapat dibuka kepada lalu lintas hari ini, manakala laluan di hadapan Menara Umno masih ditutup.

Jalan itu ditutup sejak seminggu lepas susulan kejadian struktur penebat kilat

Menara Umno runtuh dan menghempap jalan.

Dalam kejadian 6.45 petang itu, seorang pengguna jalan raya terbunuh selepas kenderaannya dihempap serpihan konkrit.

Insiden itu juga dipercayai mengorbankan seorang lagi pengguna jalan raya selepas rakaman kamera litar tertutup menunjukkan runtuhan struktur menimpa sebuah kereta yang sedang bergerak menyebabkan kenderaan itu terbenam jauh ke dalam tanah.

Usaha mencari mangsa bagaimanapun dihentikan pada Isnin lepas setelah pihak berkuasa bimbang kerja-kerja menggali yang sudah menjangkau kedalaman lapan meter di lokasi kejadian akan menjejaskan struktur bangunan warisan di situ. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain