suria

Nancy Cadang Sistem Penyampaian Jabatan Insolvensi Diberi Nilai Tambah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri (dua, kanan) sedang diperkenalkan kepada para pegawai Jabatan Insolvensi semasa berkunjung ke jabatan itu di Putrajaya pada Khamis. Turut serta ialah Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Rohana Abd Malek (kanan).

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Menteri, Nancy Shukri pada Khamis mencadangkan supaya sistem penyampaian Jabatan Insolvensi diberi nilai tambah bagi membantu mempermudahkan urusan individu yang diisytiharkan bankrap.

Beliau berkata, Jabatan Insolvensi sebagai agensi yang menguruskan hal pentadbiran kebankrapan dapat meneraju sebagai agensi yang membawa perubahan, memudahkan urusan tetapi pada masa yang sama tidak menyalahi prosedur yang ditetapkan.

“Apa yang penting ialah penjawat awam perlu sentiasa mempunyai semangat baru dan bekerja secara berpasukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Nancy pada Khamis mengadakan sesi lawatan rasmi ke Jabatan Insolvensi yang merupakan salah satu daripada sebelas agensi di bawah portfolio beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Majlis itu turut disertai Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Rohana Abd Malek dan 21 pengarah bahagian dan pengarah negeri.

Artikel Lain