suria

MCA Sokong Tubuh Mahkamah Koroner

PETALING JAYA: Cadangan Kabinet untuk menubuhkan Mahkamah Koroner secara tetap bagi menyiasat kes kematian dalam tahanan mendapat sokongan MCA.

Pengerusi Biro Publisiti MCA, Datuk Heng Seai Kie berkata, tindakan tegas dan segera perlu diambil terhadap mereka yang didapati terlibat dalam salah laku atau bertindak di luar bidang kuasa mereka.

"Jika tidak, Kerajaan akan terus dipersalahkan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi berhubung keputusan kerajaan untuk mempertimbangkan penubuhan Mahkamah Koroner secara tetap buntuk memastikan kes-kes sedemikian dapat dikendalikan dengan lebih telus.

Selain itu Heng turut menggesa agar orang ramai tampil ke hadapan dengan bukti jika mereka pernah dilayan secara tidak adil ketika berada dalam tahanan polis.

"Malah semua usaha-usaha ini sepatutnya dilaksanakan sejak sekian lama sebelum orang ramai mula kecewa. Ini penting untuk meningkatkan imej Kerajaan serta perkhidmatan awam," katanya.

Artikel Lain