Suruhanjaya Integriti Tubuh Pasukan Petugas Siasat Kematian Tahanan - Semasa | mStar

Suruhanjaya Integriti Tubuh Pasukan Petugas Siasat Kematian Tahanan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan telah menubuhkan satu pasukan petugas bagi menyiasat dua kematian dalam tahanan yang berlaku pada bulan lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nor Afizah Hanum Mokhtar berkata, pasukan petugas itu akan mengadakan pertemuan pada 11 Jun bagi melihat faktor kemungkinan dalam kematian N. Dharmendran di Kuala Lumpur pada 21 Mei dan R. Jamesh Ramesh di Pulau Pinang pada 26 Mei.

“Kita mahu penyiasatan itu selesai secepat mungkin. Jika kita dapat melakukannya dalam masa dua minggu, maka kita akan lakukannya dalam dua minggu.

“Tetapi apa yang kami tumpukan ialah keadilan, dan seperti yang dikatakan, keadilan yang tergesa-gesa adalah keadilan yang dinafikan,” katanya ketika ditanya sekiranya terdapat tarikh yang ditetapkan bagi pasukan itu menyelesaikan siasatannnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

"Saya tak kenal wanita itu" - Issey