Anwar Tetap Enggan Undur - Semasa | mStar

Anwar Tetap Enggan Undur

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu mengulangi pendirian beliau hanya akan berundur dari arena politik negara sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang diadakan pada 5 Mei lalu bersih, telus dan adil.

Bagaimanapun, beliau berkata hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan kerana mendakwa wujudnya penyelewengan sepanjang perjalanan pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

"Saya putuskan kalau proses pilihan raya umum bersih dan saya tetap tewas, saya akan undur tetapi dalam kes ini bukan sahaja kita menang besar, apa sebab saya nak undur.

"BN dapat 41 peratus undi popular, hendak suruh orang yang dapat 51 peratus undur, kamu fikirlah sikit. Tak malukah kamu fitnah tiap-tiap malam," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Nasional Keadilan di sini, Sabtu.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan pernah menyuarakan hasrat meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya pembangkang gagal menguasai Putrajaya tetapi tidak menyatakan sama ada di universiti dalam atau luar negara.

Sementara itu, Anwar turut mengagumi permuafakatan yang terbina antara ketiga-tiga parti (PKR, DAP dan PAS) sehingga mencatat kemenangan 51 peratus undi popular.

"Walaupun terdapat detik meresahkan, kerjasama PKR, DAP dan PAS amat baik. Jangan kita nafikan kenyataan bahawa pemuafakatan ini cukup berkat dalam sejarah politik tanah air.

"Rakan-rakan DAP dan PAS membantu dengan penuh komitmen. Kerjasama ketiga-tiga parti cukup baik sehingga tidak ada kecacatan dalam komiten," katanya.

Terdahulu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut membangkitkan rasa tidak puas hati berhubung pertindihan kerusi dalam PRu-13 dan menyifatkan perkara itu berlaku kerana tidak ada ketegasan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menegaskan bahawa individu yang mengendalikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Selangor tidak disertai tokoh politik.

Katanya, kedudukan dalam GLC bukan merupakan rizab parti.

"Kita jangan berkompromi dengan integriti pentadbiran yang baik. Sesiapa yang duduk dalam GLC itu mesti ada kelayakan yang tidak akan mencampurkan urusan parti," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain